10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH S.W.T

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang artinya : "Barangsiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

  1. lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
  2. lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat, padahal ia telah nisab.
  3. lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
  4. lelaki yang melarikan diri.
  5. lelaki yang minum arak tanpa mau meninggalkannya (bertaubat).
  6. perempuan yang suaminya marah kepadanya.
  7. perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai penutup kepala.
  8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
  9. Orang-orang yang suka makan riba.
  10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.

Sabda Rasulullah S.A.W : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."
Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

“ sesungguhnya shalatku, ibadahku hidupku dan matiku mengikuti kehendak Zat yang maha Mengatur Alam Semesta ”

0 comments:

Post a Comment

silahkan isi disini...terimakasih banyak

About Me

Labels

Komentar

Download Aman

Amankah File yang saya download????

Tukeuran Link

Pasang link saya, beritahu saya dan link anda akan terpasang di blog ini

Followers